Petua Nenek Kebayan



Saya telah melayari beberapa blog tentang anai-anai...Saya telah menjumpai satu petua orang dulu-dulu yang mungkin berkesan...Kita seharusnya tidak melupakan petua orang dulu-dulu kerana mereka lebih dulu makan garam dari kita....Kepada mereka yang mempunyai petua-petua lain boleh ler kita kongsi bersama. Semoga kita bersama mendapat manfaatnya......


acit

11.04.09 448

PETUA UNTUK MENGHALANG ANAI-ANAI MEMBIAK
« pada: 11 April, 2009, 05:03:23 PM »

Petua ini sebagaimana saya dah cuba sendiri dibeberapa tempat , Sang Anai-anai terpaksa akur dengan pukulan "KO" sehingga merajuk bawa diri.Ambil hati pari ( kalau boleh ikan pari yang besar - minta free je kat pasar tu... ) ditanam dikeliling rumah mengikut anggaran jarak yang berpatutan atau ditanam di dalam lubang yang yang dikorek dalam rumah ( ditepi lubang anai-anai ).Kalau dalam rumah , tutop lantai tersebut dengan filler atau simen supaya tidak dihurungi semut.Begitu juga ia ditanam pada pangkal pokok ( seperti Durian ) yang mengalami masalah yang sama.Tapi awas ! gunakan glove untuk memegang hati pari ; bau hati pari yang lama akan melekat pada tangan anda , takut nanti anda yang "KO" , bukannya anai-anai.Rumah yang baru dibina juga lagi bagus tanamkan hati pari terlebih dahulu dibawahnya atau ditepi foundation atau beamnya.Selamat mencuba.Cubalah try !

« Last Edit: 09 May, 2009, 12:50:45 PM oleh Munaliza Ismail »